PARIT BUNTAR, 15 Jun 2011 - Seramai 42 peserta yang terdiri daripada anggota kerja Bahagian Penilaian Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Perak telah menghadiri Bengkel Penilaian Bangunan Berbilang Tingkat (Hakmilik Strata) yang berlangsung di Hotel Melor Inn, Parit Buntar, Perak pada 13 hingga 15 Jun 2011. Program ini dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Daerah Kerian, En. Mohamad Razif b. Ramli pada 13 Jun 2011. Memetik ucapan Setiausaha Majlis Daerah Kerian, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kerana telah memilih Majlis Daerah Kerian dan daerah ini sebagai tuan rumah bengkel pada kali ini. Semua peserta disarankan agar mengambil peluang dengan sebaik mungkin untuk menambah ilmu pengetahuan masing-masing dan selaku tuan rumah, beliau berharap peserta akan berpuas hati dengan layanan yang akan diterima oleh mereka di sepanjang bengkel ini.
Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai dasar perundangan, peraturan dan tatacara pelaksanaan penilaian ke atas bangunan berhakmilik strata. Selain itu, bengkel ini juga turut membincangkan isu dan permasalahan dalam melaksanakan penilaian ke atas bangunan-bangunan berhakmilik strata.
Sepanjang kursus itu berlangsung, peserta mengikuti ceramah serta bengkel yang dikendalikan oleh En. Mat Nasir b. Hassan, Timbalan Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan En. Mohd Amin Ma’amon b. Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Kewangan PBT, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Bengkel ini turut menjadi platform bagi mengerat dan mengukuhkan silaturrahim di antara satu sama lain” ucap Tuan Haji Meor Ismail b. Meor Akim, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Negeri Perak Darul Ridzuan yang turut merasmikan majlis penutup bengkel tersebut. Hadir bersama pada Majlis Penutup tersebut ialah En. Balu a/l Raman, En. Ong Cheng Beng dan En. Mohd Kamal Padli b. Ahmad.