Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Monday, April 29, 2013

PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13)


30 April 2013 (selasa), “Orang ramai khususnya pengundi disarankan supaya datang awal ke pusat pengundian bagi membolehkan mereka membuang undi dalam keadaan yang selesa pada 5 Mei 2013 nanti”, saranan daripada Encik Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Pengurus Pilihanraya Parlimen Bagan Serai, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah kerian.  Pengundi diharapkan juga dapat member kerjasama kepada semua petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) ketika mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR. MDK pada tahun ini telah diberi mandat oleh SPR bagi mengurus Pilihanraya Umum 13 (PRU13) Parlimen Bagan Serai, DUN Alor Pongsu, DUN Selinsing dan DUN Semanggol.

Tuesday, April 16, 2013

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

5 April 2013 – Pihak pengurusan Majlis Daerah Kerian di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran bertempat di Bilik Alamanda MDK yang disampaikan oleh Tn. Mohd Rizan bin Edrusi, Penolong Penguasa Bomba.

HIMPUNAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT DAERAH KERIAN

31 MAC 2013 – Majlis Daerah Kerian telah bekerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian mengadakan Himpunan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Daerah Kerian bertempat di Dataran Alamanda Parit Buntar. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kerian Tn. Hj. Kamaruddin bin Awang selaku Penaung Program. Sebanyak 7 buah persatuan seni mempertahankan diri turut serta di dalam program ini.

Thursday, April 11, 2013

APC 2012 MDK

29 MAC 2012 – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan bertempat di Dewan Merdeka, Parit Buntar. Majlis ini diadakan bertujuaan untuk menghargai anggota kerja MDK yang komited dalam menjalankan tugas. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis, En. Khairul Amir Bin Mohamad Zubir. Seramai 17 orang anggota kerja Majlis telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 34 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji.

Monday, April 8, 2013

SEWA DEWAN

1.  Dewan Merdeka                             : RM60.00(siang) / RM65.00(malam) per jam
2.  Dewan Seri Kerian                        : RM40.00(siang) / RM45.00(malam) per jam
3.  Dewan Komuniti Bagan Serai     : RM40.00(siang) / RM45.00(malam) per jam
4.  Dewan Kerian Permai                  : RM100.00 per jam
5.  Kerusi VIP                                       : RM1.00 per unit
6.  Longe Chair                                    : RM5.00 per unit
7.  Meja Kopi                                        : RM2.00 per unit
8.  Meja 4 segi(3x3)                           : RM3.00 per unit
9.  Meja Bulat(8 orang)                      : RM3.00 per unit
10. Meja Panjang                               : RM6.00 per unit
11. Kerusi Plastik                               : RM0.50 per unit
12. Rosrum                                         : RM6.00 per unit
13. Khemah                                        : RM70.00 per unit
14. Pokok  Bunga                               : RM2.00 per unit
15. P.A Sistem                                    : RM100.00 per unit
16. Alas Meja                                      : RM3.00 per helai
17. Kain Skirting                                 : RM10.00 per helai
18. Kain Lilit Tiang                             : RM10.00 per helai
19. Papan Putih                                 : RM10.00 per helai