Tuesday, March 5, 2013

SOALAN LAZIM JABATAN PELESENAN DAN PENGURUSAN HARTA


Soalan-soalan lazim dan Jawapan
1.Bagaimana mendapatkan lesen perniagaan./iklan/penjaja ?
  • Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang
2.Bagaimana untuk mendapatkan lesen memelihara Anjing?
  • Untuk mendapatkan lesen perniagaan pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan untuk membeli borang komposit lessen/penjaja/iklan dengan bayaran RM 5.00 setiap borang
3.Bagaiamana cara untuk memasang kain rentang dan banting?
  • Pemohon perlu hadir ke Kaunter Pelesenan dengan membawa kainrentang/bunting untuk di sahkan penggunaan bahasa dan lokasi yang dibenarkan
4.Adakah apa-apa caj dan syarat yang dikenakan oleh pihak MDK untuk meletak barang-barang di Kaki lima kedai?
  • Ada, borang permohonan meletak barang-barang di kaki Lima boleh didapati di Kaunter Pelesenan dengan kadar RM 5.00 dan pihak MDK mengenakan caj RM 3.00 sehari bagi penggunaan/perletakan barang-barang di kaki lima kedai
5.Untuk mengadakan promosi-promosi adakah perlu mendapatkan kebenaran dari MDK ?
  • Perlu, dan pihak Majlis akan memberikan syarat dan akan dikenakan bayaran lesen sementara,permit sementara dan bayaran perkhidmatan sampah.
6.Apakah syarat yang perlu bagi menukar nama,.tukar nama syarikat dan tukar alamat?
  • Pemohon perlu mengemukakan borang komposit beserta gambar pemohon, salinan kad pengenalan dan daftar perniagaan yang baru.
7.Sekiranya sudah tidak menjalankan perniagaan adakah perlu memaklumkan pada pihak Majlis?
  • Ya, perlu dengan mengemukakan surat atau mengisi borang pembatalan lessen
8.Dimanakah lokasi yang dibenarkan menggantung kain rentang/bunting?
  • Majlis hanya membenarkan pemasangan kain rentang di kerangka Majlis atau di hadapan premis perniagaan sahaja. .
9.Bilakah lesen perniagaan boleh diperbaharui?
  • Lesen perniagaan akan tamat tempoh pada 1,2 atau 3 tahun.Pembaruan lesen akan bermula pada tarikh tamat tempoh. Sekiranya gagal tindakan denda atau kompaun akan dikenakan.
10.Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk menggantung kain rentang dan banting?
  • Kadar yang dikenakan ialah RM 22.00 beserta pelekat untuk pemasangan di hadapan premis perniagaan dan RM 27.00 beserta pelekat untuk pemasangan di kerangka Majlis. Manakala pemasangan bunting dikenakan bayaran RM 7.50 beserta pelekat.Pemasangan dengan kadar 20 unit keatas untuk bunting dikenakan bayaran deposit dengan kadar RM10.00 setiap satu
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
JABATAN PELESENAN DAN PENGURUSAN HARTA
NO TEL: 057161228 EXT 104

Soalan-soalan lazim dan Jawapan
1.Bagaimanakah mengetahui kekosongan harta Majlis ?
  • Kekosongan harta sewaan majlis boleh diketahui melalui:-
  • Kaunter pertanyaan unit sewaan MDK.
  • Laman web rasmi MDK
  • Notis pemberitahuan yang diapamerkan di tempat-tempat awam
2.Bolehkah menjelaskan bayaran sewa diluar pejabat MDK ?
  • Boleh sekiranya penjawat Unit Sewaan membawa buku resit Kew.38.
3.Bagaimana hendak membaiki kerosakan yang terdapat di Harta Majlis ?
  • Menulis surat aduan dan dihantar kepada Bahagian Pembangunan / Unit Sewaan Majlis Daerah Kerian.
4.Bila tarikh iklan sewaan dikeluarkan ?
  • Iklan kekosongan harta sewaan dikeluarkan pada awal bulan setiap bulan.
5.Di mana saya boleh melihat iklan kekosongan harta sewaan tersebut ?
  • Iklan tersebut boleh dilihat di papan kenyataan pejabat, di Kaunter Unit Sewaan Majlis Daerah Kerian, gerai-gerai yang kosong (dilekatkan dipintu), pejabat-pejabat UMNO/ Penghulu, di dalam Laman Web Majlis Daerah Kerian dan kawasan tumpuan orang ramai.
  6.Siapakah ahli panel temuduga ?
  • Terdiri daripada Ahli- Ahli Majlis Daerah Kerian yang dilantik.
7.Apakah tindakan pihak MDK sekiranya terdapat aduan pelanggaran syarat sewaan dari segisewa atas sewa ?
  • Pihak MDK akan siasat dan pantau ke harta berkenaan untuk memastikan sama ada aduan tersebut benar atau sebaliknya. Sekiranya benar, penyewa asal dan peniaga tanpa kebenaran akan diberi Notis dan dipanggil hadir ke pejabat MDK untuk berbincang dengan pihak Majlis.
8.Bolehkan saya memberi atau menempah nama sebagai pemohon harta sewa MDK terlebih dahulu sebelum iklan dikeluarkan ?
  • Tidak boleh. Pemohon hanya boleh membeli dan mengisi Borang Permohonan Sewaan setelah iklan kekosongan Harta Sewaan MDK dikeluarkan.
9.Apakah syarat- syarat untuk permohonan pertukaran nama penyewa?
  • Syarat utama ialah mesti mempunyai hubungan pertalian kekeluargaan (kandung) atau waris terdekat (bagi penyewa asal yang telah meninggal dunia). Selain daripada itu, tidak diterima dan pemohonan baru perlu membuat permohonan sewaan melalui iklan kekosongan Harta Sewaan dan menghadiri temuduga sewaan.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
JABATAN PELESENAN DAN PENGURUSAN HARTA
NO TEL: 057161228 EXT 130

No comments:

Post a Comment