Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Tuesday, March 26, 2013

LAWATAN MB PERAK KE BAGAN SERAI

16 MAC 2013 – YAB Menteri Besar Perak sekali lagi telah meluangkan masa melawat dan menyelami masalah rakyat di sekitar Parlimen Bagan Serai. YAB Menteri Besar juga telah menyerahkan kiosk PLB kepada peserta di kawasan Sungai Gedong.

TURUN PADANG KAWASAN PARIT BUNTAR

TURUN PADANG :   13 Mac 2013 Rabu. Seramai 7 orang staf majlis dan  3 orang Ahli Majlis terlibat. Lawatan pertama ke Rumah Rehat Parit Buntar  berhubung permohonan pemajak supaya dipasang grill tingkap bagi mengelak kejadian kecurian. Seterusnya ke Gerai Jalan Pasar Parit Buntar berhubung cadangan menaiktaraf gerai  dan lokasi terakhir ke Pasar  Awam  Bagan Serai  berhubung cadangan untuk membaik pulih premis pasar khinzir untuk dijadikan stor.

PROGRAM ZIARAH KESEJAHTERAAN BANDAR 2013

07 Mac 2013 (Khamis) – Satu Program Ziarah Kesejahteraan Bandar telah diadakan di rumah pangsa Tok Jabit Parit Buntar bagi penyerahan bantuan sewa rumah. KIR yang terpilih iaitu En. Osman yang mempunyai lima (5) orang anak. Penyampaian ini disampaikan oleh Penyelaras DUN Titi Serong, En. Abu Bakar bin Mat Ali dan diiringi oleh Yang DiPertua Majlis En. Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Ahli Majlis En. Abu Bakar bin Md Taib dan Pegawai Penyelaras Majlis. Hamper berbentuk barangan makanan juga turut disampaikan.

LAWATAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PBT 2012

06 Mac 2013 (Rabu) –  Majlis Daerah Kerian telah menerima lawatan dari Panel Penilaian Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa tempatan  yang diketuai oleh  YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Turut sama hadir ialah YBhg. Datin Maziah binti Adnan, Pn.Nor Inchun binti Hj. Mohd Salleh , En. Abdul Latif bin Ismail dan En Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria.  Dua projek inovasi MDK telah dinilai untuk pertandingan ini.

SEMINAR TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM


28 Februari 2013 (Khamis) – Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Parit Buntar telah mengadakan  Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam di Dewan Merdeka Parit Buntar. Seramai 50 orang anggota kerja Majlis Daerah Kerian terlibat di dalam seminar tersebut.

Tuesday, March 5, 2013

EJEN JUALAN KUPON LETAK KERETA


SENARAI NAMA EJEN JUALAN KUPON LETAK KERETA
BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN 
JENIS PERNIAGAAN  
1.
PUSAT PEMBELIAN SHEN YEE
28, PERSIARAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
MINI MARKET

2.
YEW LIAN TRADING
18 JALAN PENGKALIATAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT
3.
PINKO ENTERPRISE
34 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
FESYEN & AKSESORI WANITA

4.
BANG FONG ENTERPRISE
31 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL CD

5.
PUSTAKA SOON HO
18 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BUKU/ALAT TULIS
6.
PIRAMID SUTERA
13, JALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI KARPET

7.
KEDAI RUNCIT ISMUDHEEN
34 PERSIARAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN

8.
ARIFFIN BIN IBRAHIM
1-B BENTENG SELERAGERAI TEPI JALANJALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN
9.
PI HWA TRADING
49, PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN
10.
ZAINI OTHMAN AGENCY
3, TINGKAT 1, JALAN KELICAPTAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
WAKIL INSURAN TAKAFUL

11.
SWEET CHOICE SHOP
30 & 32,JLN TEMENGGONG 2PUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI AKSESORI DAN CENDERAMATA
12.
NAM THEAM
98, JALAN TEH PEH KONGPARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN
13.
ELINK TELECOMMUNICATION
25 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL TELEFON BIMBIT
14.
KEDAI PAKAIAN INDAH PARIT BUNTAR
21, JALAN TEMENGGONG 2PUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
15.
COLOUR FLOUR
NO.17 JALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI KARPET

16.
STESEN MINYAK PETRONAS
LOT 126, JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
STESEN MINYAK
17.
GUAN SUNSHINE ENTERPRISE
14 JALAN KELICAPTAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI AKSESORI KENDERAAN  

18.
PASARAYA MINAT
9 MEDAN HENTIANPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
PASARAYA
19.
PERNIAGAAN BUAH LI HIANG
59 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
BARANGAN SEMBAHYANG CINA
20.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
MAJLIS DAERAH KERIANNO 1 WISMA MDKJALAN PADANG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
-
21.
SB PROVISIONS STORE
33 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
BARANGAN RUNCIT
22.
RESTORAN WENG SOON LEE
50 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
23.
BUNGA RAYA KERINTING RAMBUT
69 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI GUNTING RAMBUT
24.
STESEN MINYAK CALTEX
LOT 6878 JALAN PERUSAHAANPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
STESEN MINYAK
25.
SEN DA TRADING
43 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BASIKAL
26.
KEDAI BUAH-BUAHAN JU YAK
NO.15 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BUAH-BUAHAN

27.
MASTRON ELECTRICAL
31 JALAN DAMAITAMAN DAMAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BARANGAN ELEKTRIK
28.
GOLDEN BEH TRADING
3 JALAN DAMAITAMAN DAMAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BARANGAN ELEKTRIK
29.
TW ENTEPRISE
113 JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI TELEFON BIMBIT
30.
KBO TRADING (ASHITA)
83 JALAN MAHARAJAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PENAPIS AIR

BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
31.
SIN HWA KEOW
57 JALAN TEH PEH KONG 34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN
32.
MEERAH SETOR
25 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT
33.
SYARIKAT PERNIAGAAN JOO HENG
NO.27 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI JAM & ELEKTRIK
34.
JC SMART TELECOMMUNICATION
97 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL TELEFON BIMBIT
35.
JUARA DUA ENTERPRISE (D-LIMA)
201, TINGKAT BAWAH, JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI 24 JAM
36.
PEMBEKAL PERTANIAN JAYA TANI
64 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
PEMBEKAL BARANGAN PERTANIAN

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
JABATAN PENGUAT KUASA
NO TEL: 057161228 EXT 116

SOALAN LAZIM JABATAN OSC


oalan-soalan lazim dan Jawapan
1.Apakah itu Pusat Setempat (OSC)
  • Pusat Setempat (OSC) ditubuhkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelaras dan mempercepatkan proses permohonan cadangan pemajuan.
2.Bagaimana hendak mengemukakan permohonan cadangan pemajuan di OSC?
  • Pemohon boleh memilih untuk mengemukakan pemohonan cadangan pemajuan secara serentak atau berasingan di kaunter OSC.
3.Bagaimanakah jenis permohonan serentak yang boleh dikemukakan oleh pemohon?
  • Terdapat beberapa alternatif permohonan serentak :-
  • Alternatif I : Permohonan serentak melibatkan kesemua 4 (empat) proses permohonan iaitu permohonan perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
  • Alternatif II : Permohonan serentak melibatkan 3 (tiga) proses permohonan contohnya :
      • permohonan perihal tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
      • permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
  • Alternatif III : Permohonan serentak melibatkan 2 (dua) proses permohonan contohnya :
  • permohonan perihal tanah dan kebenaran merancang atau
  • permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan; atau
  • permohonan pelan bangunan dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit; atau
  • permohonan kebenaran merancang dan pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit.
4.Bagaimana sesuatu permohonan cadangan pemajuan diproses oleh OSC?
  • Urusetia OSC akan menyemak permohonan cadangan pemajuan yang dikemukakan oleh pemohon berdasarkan kepada borang semak yang disediakan di kaunter OSC. Jika didapati tidak lengkap urusetia akan meminta pemohon kemukakan dokumen yang diperlukan dalam masa 7 hari atau permohonan tersebut dianggap batal. Manakala bagi permohonan yang lengkap diterima akan terus diproses untuk edaran jabatan teknikal.
5.Berapakah tempoh masa yang perlu diambil bagi mendapatkan kelulusan sesesuatu permohonan serentak?
  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak melibatkan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi, Projek Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan tempoh masa kelulusan tidak melebihi 4 bulan; manakala
  • Permohonan cadangan pemajuan secara serentak melibatkan konsep Jual Kemudian Bina (JKB) tempoh masa kelulusan tidak melebihi 6 bulan.
5.Bagaimanakah keputusan sesuatu permohonan cadangan pemajuan dibuat?
  • Setiap permohonan cadangan pemajuan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) yang bersidang 2 kali sebulan bagi membuat keputusan.
6.Apakah perbezaan Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) dengan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
  • Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) merupakan perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pula dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP).
7.Bilakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa?
  • Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini berkuatkuasa selepas 13hb. April 2007. Walaubagaimana pun Perakuan Kelayakan Menduduki (CFO) masih lagi diteruskan bagi pelan-pelan bangunan yang telah diluluskan atau yang telah dikemukakan kepada PBT sebelum kuatkuasa sistem CCC.
8.Bagaimanakah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dapat dikeluarkan?
  • Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) ini dikeluarkan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional atau Pelukis Pelan Bangunan selaku Orang Utama Yang Mengemukakan (PSP) setelah syarat-syarat teknikal dalam Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dan perkara dalam borang G1 hingga G21 telah siap dan dipatuhi sepenuhnya oleh PSP.
9.Bagaimana pemohon dapat mengetahui sesuatu keputusan cadangan pemajuan yang dikemukakan?
  • Urusetia OSC akan mengeluarkan surat makluman keputusan kepada pemohon 3 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat bersidang. Selain daripada pemohon juga boleh melayari laman web http://www.epbt.gov.my/osc untuk menyemak sesuatu permohonan atau keputusan. Manakala bagi surat dan pelan kelulusan cadangan tersebut, pemohon boleh berhubung terus di bahagian teknikal dalaman PBT yang memproses.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
JABATAN OSC
NO TEL: 057161228 EXT 111