Tuesday, March 5, 2013

SOALAN LAZIM JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN


SOALAN-SOALAN LAZIM DAN JAWAPAN
 1.Selepas sesuatu kompaun dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian, adakah sebarang notis ingatan kepada penerima kompaun?
  • Ya, ada. Notis peringatan akan dikeluarkan apabila tamat tempoh bayaran kompaun iaitu selama 14 hari.
2.Berapa lamakah notis tersebut diberi tempoh?
  • 7 hari sahaja
3.Jika orang kena kompaun tidak menjelaskan kompaun selepas tempoh-tempoh tersebut, apakah tindakan seterusnya?
  • Tindakan pendakwaan mahkamah akan diambil
 4.Setelah pendakwaan telah dibuat ke atas sesuatu kes, bolehkah orang kena dakwa memohon untuk diselesaikan di luar mahkamah?
  • Boleh. Walau bagaimanapun jika tidak melibatkan kompaun tempat letak kereta, caj RM 100.00 akan dikenakan dicampur kompaun yang telah dinyatakan.
 5.Bagaimana jika melibatkan kompaun tempat letak kereta?
  • Caj RM 50.00 akan dikenakan dicampur kompuan yang telah dinyatakan.
6.Jika sesuatu kes telah dikenakan, waran tangkap, bolehkah ia diselesaikan di luar mahkamah?
  • Tidak boleh. Ia perlu diteruskan prosiding di mahkamah.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
NO TEL: 057161228 EXT 112, 110

No comments:

Post a Comment