Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Wednesday, November 13, 2013

LAWATAN KE KRABI DAN HATYAI, THAILAND


12 Nov 2013 Lawatan kerja sambil belajar Majlis Daerah Kerian ke Krabi dan Hatyai, Thailand telah dijalankan pada 8-10 November 2013.  Seramai 30 orang anggota kerja telah dipilih menyertai rombongan ini yang diketuai oleh En. Mohd Zabidi b. Nun, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kerian.  Program ini bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa pertandingan dan anugerah yang diraih dalam tahun 2012 dan 2013 selain bagi memberi pendedahan berkaitan bersih dan indah yang diamalkan di kawasan-kawasan yang dilawati dan mengeratkan lagi semangat berpasukan di antara anggota kerja Majlis Daerah Kerian.

Tuesday, November 5, 2013

PROGRAM LA21


01 November 2013 – Satu majlis penyampaian hamper raya sempena sambutan Deepavali, Kiosk bergerak kepada peserta e-Kasih Bandar dan hadiah Pertandingan Keceriaan Landskap Dan Jalur Gemilang Kategori Rumah Kediaman bagi Zon Parit Buntar di bawah Program LA21 Kerian dibawah Pelan Tindakan Kemiskinan dan Pelan Tindakan Alam Sekitar telah diadakan di Perkarangan Pejabat MDK. 

Friday, October 11, 2013

LAWATAN PANEL ANUGERAH TANDAS BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

7 Oktober 2013 – Majlis Daerah Kerian telah menerima kunjungan panel penilaian Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia bagi peringkat kebangsaan yang diketuai oleh En. Mohd Arifin bin Abdullah dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

LAWATAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PBT 2013

7 Oktober 2013 – Majlis Daerah Kerian telah membentangkan dua projek inovasi iaitu CATAS dan S-TTEM bagi pertandingan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2013. Panel penilai diketuai oleh En. Mohd Zakuan Bin Hj. Zakaria, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama lima panel yang lain telah hadir untuk menilai kedua-dua projek.

Monday, September 23, 2013

PENILAIAN CERIA MERDEKA KEBANGSAAN

Pihak pengurusan Majlis telah menerima kunjungan Panel Penilaian bagi Pertandingan Ceria Merdeka Peringkat Kebangsaan yang diketuai oleh Puan Pauzan binti Majid pada 10 September 2013 jam 9.00 pagi.

MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI

Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di perkarangan majlis pada 5 September 2013 bagi menghargai semua anggota kerja dan seluruh warga kerian yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu pihak MDK selama ini. Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Abdul Puhat Bin Mat Nayan dan En. Mohd Zakuan Bin Hj. Mohd. Zakaria Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan juga turut sama memeriahkan majlis.

JELAJAH EXPRESI HARIAN METRO

07 September 2013– Harian Metro dengan kerjasama Majlis Daerah Kerian telah menganjurkan program Jelajah Ekspresi Harian Metro bertempat di Dataran Alamanda Pusat Bandar Parit Buntar. Harian Metro juga turut mengundang artis-artis ternama tanahair bagi menghiburkan warga Daerah Kerian.

MDK JOHAN CERIA MERDEKA NEGERI PERAK

MDK Johan Kecerian kemerdekaan kategori bangunan kerajaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2013

Sunday, August 25, 2013

PROGRAM CERIA MERDEKA


21 Ogos 2013 – Pihak pengurusan Majlis telah mengadakan pertandingan Ceria Merdeka antara zon dalaman MDK. Selain berkonsepkan pengisian kemerdekaan, elemen 5S dan kitar semula juga turut diambil kira. Sebanyak tujuh (7) zon dinilai oleh panel penilai yang dilantik dari jabatan kerajaan luar.

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG 2013


20 Ogos 2013 – Satu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2013 telah diadakan di pinggiran Sungai Kerian yang dirasmikan oleh YB. Dato’ Saarani bin Mohamad, mewakili YAB Menteri Besar Perak.

Tuesday, August 6, 2013

TURUN PADANG


6 OGOS Selasa, Program turun padang telah diadakan di Kawasan Jalan Tali Air Simpang Lima Parit Buntar [Kawasan Cadangan Pembangunan 6 Unit Kediaman Berhampiran Kilang Taiko Bleaching Earth]. Tujuan perjumpaan ini bagi mendapatkan kedudukan sebenar berhubung aduan tersebut. Hasil lawatan didapati pemasangan ’hoarding’ mematuhi kelulusan pihak Majlis dan pihak pemaju turut dimaklumkan supaya memasang papan tanda pemberitahuan cadangan projek yang dimaksudkan mengikut spesikasi yang telah ditetapkan. Seramai 2 orang Ahli Majlis bersama 5 orang pegawai Majlis serta pihak Kilang Taiko Bleaching Earth dan tuan tanah cadangan pembinaan rumah kediaman tersebut telah hadir semasa sesi lawatan dijalankan.

Sunday, August 4, 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN SEMPENA AIDILFITRI LA21 KERIAN

1 Ogos 2013 – Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Local Agenda 21 Kerian di bawah Pelan Tindakan Kemiskinan telah mengadakan Penyampaian Bantuan Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Bukit Merah Laketown Resort. Penerima sumbangan terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan bagi kawasan Parit Buntar dan Bagan Serai.

Sunday, July 28, 2013

PROGRAM BERSAMA NESTLE

24 JULAI 2013– Majlis Daerah Kerian telah membantu pihak Nestle menjalankan tanggungjawab sosialnya di kawasan ini dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Dataran Kerian Permai, Parit Buntar.

Wednesday, July 17, 2013

MDK TEMPAT PERTAMA TANDAS TERBAIK PBT PERAK

16 Julai 2013 – Majlis Daerah Kerian telah berjaya memperoleh tempat Pertama Anugerah Penarafan Bintang Tandas PBT Negeri Perak  dan tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan PBT Negeri Perak bagi kategori Majlis Daerah yang telah disampaikan oleh YB. Dato’ Saarani bin Mohamad, Pengerusi Jawankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 27 Jun 2013. Selain dari itu, MDK juga berjaya merangkul beberapa anugerah lain antaranya Sijil Bersih Penyata Kewangan, 100% Penyelesaian Permohonan Cadangan Perumahan Melalui OSC, Pencapaian Terampil Sasaran Kutipan Tunggakan Cukai Tafsiran dan Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portal & Website Assessment.

Sunday, July 14, 2013

YDP PRIHATIN

8 JULAI 2013 – Yang Dipertua Majlis bersama Ketua-Ketua Jabatan telah mengadakan lawatan turun padang untuk melawat anggota kerja Majlis yang telah ditimpa kemalangan. Yang Dipertua Majlis juga turut menyampaikan sumbangan kepada anggota kerja yang terlibat.

CABUTAN TAPAK EKSPO 2013

4 JULAI 2013– Jabatan Pelesenan Majlis Daerah Kerian telah mengadakan cabutan tapak bagi ekspo sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sebanyak 79 tapak disediakan di kawasan Parit Buntar dan 48 tapak di kawasan Bagan Serai.

Thursday, June 27, 2013

OPERASI KEBERSIHAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN

27 JUN 2013 – Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kerian telah menjalankan operasi pemeriksaan lesen dan penggredan premis makanan bermula dari 3 Jun sehingga 6 Jun 2013.

Thursday, May 9, 2013

ROB PARIT BUNTAR TELAH DIBUKA


9 Mei 2013, Khamis, ROB (Jejambat) baru yang menghubungi Pusat Bandar dan Pekan Lama Parit Buntar telah pun dibuka untuk kegunaan awam. Diharapkan dengan pembukaan ROB tersebut akan dapat menyelesaikan  masalah kesesakan jalan raya di kawasan Parit Buntar terutamnya ketika awal pagi dan di waktu petang.

Monday, April 29, 2013

PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13)


30 April 2013 (selasa), “Orang ramai khususnya pengundi disarankan supaya datang awal ke pusat pengundian bagi membolehkan mereka membuang undi dalam keadaan yang selesa pada 5 Mei 2013 nanti”, saranan daripada Encik Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Pengurus Pilihanraya Parlimen Bagan Serai, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah kerian.  Pengundi diharapkan juga dapat member kerjasama kepada semua petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya Raya (SPR) ketika mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh SPR. MDK pada tahun ini telah diberi mandat oleh SPR bagi mengurus Pilihanraya Umum 13 (PRU13) Parlimen Bagan Serai, DUN Alor Pongsu, DUN Selinsing dan DUN Semanggol.

Tuesday, April 16, 2013

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

5 April 2013 – Pihak pengurusan Majlis Daerah Kerian di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran bertempat di Bilik Alamanda MDK yang disampaikan oleh Tn. Mohd Rizan bin Edrusi, Penolong Penguasa Bomba.

HIMPUNAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI PERINGKAT DAERAH KERIAN

31 MAC 2013 – Majlis Daerah Kerian telah bekerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kerian mengadakan Himpunan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Daerah Kerian bertempat di Dataran Alamanda Parit Buntar. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kerian Tn. Hj. Kamaruddin bin Awang selaku Penaung Program. Sebanyak 7 buah persatuan seni mempertahankan diri turut serta di dalam program ini.

Thursday, April 11, 2013

APC 2012 MDK

29 MAC 2012 – Majlis Daerah Kerian telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Persaraan bertempat di Dewan Merdeka, Parit Buntar. Majlis ini diadakan bertujuaan untuk menghargai anggota kerja MDK yang komited dalam menjalankan tugas. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis, En. Khairul Amir Bin Mohamad Zubir. Seramai 17 orang anggota kerja Majlis telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 34 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji.

Monday, April 8, 2013

SEWA DEWAN

1.  Dewan Merdeka                             : RM60.00(siang) / RM65.00(malam) per jam
2.  Dewan Seri Kerian                        : RM40.00(siang) / RM45.00(malam) per jam
3.  Dewan Komuniti Bagan Serai     : RM40.00(siang) / RM45.00(malam) per jam
4.  Dewan Kerian Permai                  : RM100.00 per jam
5.  Kerusi VIP                                       : RM1.00 per unit
6.  Longe Chair                                    : RM5.00 per unit
7.  Meja Kopi                                        : RM2.00 per unit
8.  Meja 4 segi(3x3)                           : RM3.00 per unit
9.  Meja Bulat(8 orang)                      : RM3.00 per unit
10. Meja Panjang                               : RM6.00 per unit
11. Kerusi Plastik                               : RM0.50 per unit
12. Rosrum                                         : RM6.00 per unit
13. Khemah                                        : RM70.00 per unit
14. Pokok  Bunga                               : RM2.00 per unit
15. P.A Sistem                                    : RM100.00 per unit
16. Alas Meja                                      : RM3.00 per helai
17. Kain Skirting                                 : RM10.00 per helai
18. Kain Lilit Tiang                             : RM10.00 per helai
19. Papan Putih                                 : RM10.00 per helai

Tuesday, March 26, 2013

LAWATAN MB PERAK KE BAGAN SERAI

16 MAC 2013 – YAB Menteri Besar Perak sekali lagi telah meluangkan masa melawat dan menyelami masalah rakyat di sekitar Parlimen Bagan Serai. YAB Menteri Besar juga telah menyerahkan kiosk PLB kepada peserta di kawasan Sungai Gedong.

TURUN PADANG KAWASAN PARIT BUNTAR

TURUN PADANG :   13 Mac 2013 Rabu. Seramai 7 orang staf majlis dan  3 orang Ahli Majlis terlibat. Lawatan pertama ke Rumah Rehat Parit Buntar  berhubung permohonan pemajak supaya dipasang grill tingkap bagi mengelak kejadian kecurian. Seterusnya ke Gerai Jalan Pasar Parit Buntar berhubung cadangan menaiktaraf gerai  dan lokasi terakhir ke Pasar  Awam  Bagan Serai  berhubung cadangan untuk membaik pulih premis pasar khinzir untuk dijadikan stor.

PROGRAM ZIARAH KESEJAHTERAAN BANDAR 2013

07 Mac 2013 (Khamis) – Satu Program Ziarah Kesejahteraan Bandar telah diadakan di rumah pangsa Tok Jabit Parit Buntar bagi penyerahan bantuan sewa rumah. KIR yang terpilih iaitu En. Osman yang mempunyai lima (5) orang anak. Penyampaian ini disampaikan oleh Penyelaras DUN Titi Serong, En. Abu Bakar bin Mat Ali dan diiringi oleh Yang DiPertua Majlis En. Khairul Amir bin Mohamad Zubir, Ahli Majlis En. Abu Bakar bin Md Taib dan Pegawai Penyelaras Majlis. Hamper berbentuk barangan makanan juga turut disampaikan.

LAWATAN PANEL PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PBT 2012

06 Mac 2013 (Rabu) –  Majlis Daerah Kerian telah menerima lawatan dari Panel Penilaian Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa tempatan  yang diketuai oleh  YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Turut sama hadir ialah YBhg. Datin Maziah binti Adnan, Pn.Nor Inchun binti Hj. Mohd Salleh , En. Abdul Latif bin Ismail dan En Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria.  Dua projek inovasi MDK telah dinilai untuk pertandingan ini.

SEMINAR TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AWAM


28 Februari 2013 (Khamis) – Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Parit Buntar telah mengadakan  Seminar Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam di Dewan Merdeka Parit Buntar. Seramai 50 orang anggota kerja Majlis Daerah Kerian terlibat di dalam seminar tersebut.

Tuesday, March 5, 2013

EJEN JUALAN KUPON LETAK KERETA


SENARAI NAMA EJEN JUALAN KUPON LETAK KERETA
BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN 
JENIS PERNIAGAAN  
1.
PUSAT PEMBELIAN SHEN YEE
28, PERSIARAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
MINI MARKET

2.
YEW LIAN TRADING
18 JALAN PENGKALIATAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT
3.
PINKO ENTERPRISE
34 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
FESYEN & AKSESORI WANITA

4.
BANG FONG ENTERPRISE
31 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL CD

5.
PUSTAKA SOON HO
18 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BUKU/ALAT TULIS
6.
PIRAMID SUTERA
13, JALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI KARPET

7.
KEDAI RUNCIT ISMUDHEEN
34 PERSIARAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN

8.
ARIFFIN BIN IBRAHIM
1-B BENTENG SELERAGERAI TEPI JALANJALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN
9.
PI HWA TRADING
49, PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN
10.
ZAINI OTHMAN AGENCY
3, TINGKAT 1, JALAN KELICAPTAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
WAKIL INSURAN TAKAFUL

11.
SWEET CHOICE SHOP
30 & 32,JLN TEMENGGONG 2PUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI AKSESORI DAN CENDERAMATA
12.
NAM THEAM
98, JALAN TEH PEH KONGPARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN
13.
ELINK TELECOMMUNICATION
25 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL TELEFON BIMBIT
14.
KEDAI PAKAIAN INDAH PARIT BUNTAR
21, JALAN TEMENGGONG 2PUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
15.
COLOUR FLOUR
NO.17 JALAN SUNGAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI KARPET

16.
STESEN MINYAK PETRONAS
LOT 126, JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
STESEN MINYAK
17.
GUAN SUNSHINE ENTERPRISE
14 JALAN KELICAPTAMAN PEKAN BARU34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI AKSESORI KENDERAAN  

18.
PASARAYA MINAT
9 MEDAN HENTIANPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
PASARAYA
19.
PERNIAGAAN BUAH LI HIANG
59 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
BARANGAN SEMBAHYANG CINA
20.
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
MAJLIS DAERAH KERIANNO 1 WISMA MDKJALAN PADANG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
-
21.
SB PROVISIONS STORE
33 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
BARANGAN RUNCIT
22.
RESTORAN WENG SOON LEE
50 JALAN TEMENGGONGPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MAKANAN & MINUMAN


BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
23.
BUNGA RAYA KERINTING RAMBUT
69 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI GUNTING RAMBUT
24.
STESEN MINYAK CALTEX
LOT 6878 JALAN PERUSAHAANPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
STESEN MINYAK
25.
SEN DA TRADING
43 JALAN PERWIRAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BASIKAL
26.
KEDAI BUAH-BUAHAN JU YAK
NO.15 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BUAH-BUAHAN

27.
MASTRON ELECTRICAL
31 JALAN DAMAITAMAN DAMAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BARANGAN ELEKTRIK
28.
GOLDEN BEH TRADING
3 JALAN DAMAITAMAN DAMAI34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI BARANGAN ELEKTRIK
29.
TW ENTEPRISE
113 JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI TELEFON BIMBIT
30.
KBO TRADING (ASHITA)
83 JALAN MAHARAJAPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PENAPIS AIR

BIL
NAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PERNIAGAAN
JENIS PERNIAGAAN
31.
SIN HWA KEOW
57 JALAN TEH PEH KONG 34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI PAKAIAN
32.
MEERAH SETOR
25 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI RUNCIT
33.
SYARIKAT PERNIAGAAN JOO HENG
NO.27 PERSIARAN SHAHBANDARPUSAT BANDAR34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI JAM & ELEKTRIK
34.
JC SMART TELECOMMUNICATION
97 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI MENJUAL TELEFON BIMBIT
35.
JUARA DUA ENTERPRISE (D-LIMA)
201, TINGKAT BAWAH, JALAN TAIPING34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
KEDAI 24 JAM
36.
PEMBEKAL PERTANIAN JAYA TANI
64 JALAN TEH PEH KONG34200 PARIT BUNTARPERAK DARUL RIDZUAN
PEMBEKAL BARANGAN PERTANIAN

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
JABATAN PENGUAT KUASA
NO TEL: 057161228 EXT 116