16 Julai 2013 – Majlis Daerah Kerian telah berjaya memperoleh tempat Pertama Anugerah Penarafan Bintang Tandas PBT Negeri Perak dan tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan PBT Negeri Perak bagi kategori Majlis Daerah yang telah disampaikan oleh YB. Dato’ Saarani bin Mohamad, Pengerusi Jawankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 27 Jun 2013. Selain dari itu, MDK juga berjaya merangkul beberapa anugerah lain antaranya Sijil Bersih Penyata Kewangan, 100% Penyelesaian Permohonan Cadangan Perumahan Melalui OSC, Pencapaian Terampil Sasaran Kutipan Tunggakan Cukai Tafsiran dan Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portal & Website Assessment.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment