Monday, March 4, 2013

JABATAN PELESENAN DAN SEWAAN


Objektif Jabatan Pelesenan dan Sewaan
  • Menentukan pendapatan /pungutan Hasil Bukan Cukai dapat dipungut /dikutip pada kadar 95% daripada Anggaran Belanjawan.
  • Memproses berbagai permohonan lesen perniagaan/iklan dengan sistematik dan berkesan melalui pembahagian tugas dan mengikut Piagam Pelanggan yang ditetapkan di dalam MD ISO 9002. 
  • Menentukan syarat-syarat lesen perniagaan/iklan dipatuhi setiap pemegang lesen.
  • Meningkatkan tahap kebersihan premis makanan.
  • Menentukan semua maklumat-maklumat dan data-data yang berkaitan dengan bidang tugas Bahagian Pelesenan sentiasa direkod dan dikemaskini.
  • Memproses dan memastikan pengeluaran lesen-lesen perniagaan di bawah Undang-Undang Kecil yang diterima pakai oleh Majlis kepada pemohon-pemohon mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
  • Melaksanakan penguatkuasaan kepada premis-premis yang berlesen bagi mematuhi undang-undang untuk keselesaan kepada orang ramai.
  • Memastikan Undang-Undang dibuat dengan teratur, berkesan dan bersistematik dan seterusnya mencegah kejadian-kejadian kesalahan yang berlawanan dengan undang-undang yang diterima pakai oleh Majlis Daerah Kerian..
  • Menentukan syarat-syarat lesen perniagaan/iklan dipatuhi setiap masa.
  • Meningkatkan tahap kebersihan premis makanan.
Fungsi Bahagian Pelesenan Dan Sewaan
  • Meningkatkan mutu sekor penjajaan , perniagaan dan perkhidmatan.
  • Mengawal, mengeluarkan dan menguatkuasa aktiviti pelesenan tempat perniagaan kepada orang ramai.
  • Melaksanakan penguatkuasaan kepada pelesen-pelesen1. Bertanggungjawab dalam bidang pengeluaran permit-permit sementara seperti berikut:-Menggantung sepanduk/banting
    2. Permit Bangunan Sementara (promosi-promosi jualan kereta,Ekspo,wayang cina dan majlis perkahwinan).
    3. Lesen perniagaan sementara (buah-buahan bermusim, Pasar Ramadhan, kaki lima, &
    pelbagai promosi jualan).
  • Bertanggungjawab dalam bidang penguatkuasaan dan pelesenan premis perniagaan, pasar-pasar,gerai, penjaja, pasar-pasar malam, pasar harian dan pasar pagi dalam kawasan Majlis Daerah Kerian.
  • Bertanggungjawab memantau dan memberi kelulusan kepada permohonan papan tanda tunjuk arah, papan tanda billboard dan iklan tunjuk langit
  • Bertanggungjawab memberi ulasan kepada permohonan lesen minuman keras, barang lusuh, tadika, taska, snooker serta aktiviti pertaruhan (sports toto dan lain-lain) daripada agensi-agensi kerajaan yang lain
  • Bertanggungjawab untuk menguruskan harta –harta sewaan Majlis Daerah Kerian di dalam kawasan Daerah Kerian iaitu Parit Buntar, Titi Serong, Jalan Baru, Bagan Serai, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Alor Pongsu dan Bukit Merah. Jumlah keseluruhan harta-harta sewaan Majlis adalah seperti berikut :-

No comments:

Post a Comment