Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Wednesday, November 13, 2013

LAWATAN KE KRABI DAN HATYAI, THAILAND


12 Nov 2013 Lawatan kerja sambil belajar Majlis Daerah Kerian ke Krabi dan Hatyai, Thailand telah dijalankan pada 8-10 November 2013.  Seramai 30 orang anggota kerja telah dipilih menyertai rombongan ini yang diketuai oleh En. Mohd Zabidi b. Nun, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kerian.  Program ini bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa pertandingan dan anugerah yang diraih dalam tahun 2012 dan 2013 selain bagi memberi pendedahan berkaitan bersih dan indah yang diamalkan di kawasan-kawasan yang dilawati dan mengeratkan lagi semangat berpasukan di antara anggota kerja Majlis Daerah Kerian.

Tuesday, November 5, 2013

PROGRAM LA21


01 November 2013 – Satu majlis penyampaian hamper raya sempena sambutan Deepavali, Kiosk bergerak kepada peserta e-Kasih Bandar dan hadiah Pertandingan Keceriaan Landskap Dan Jalur Gemilang Kategori Rumah Kediaman bagi Zon Parit Buntar di bawah Program LA21 Kerian dibawah Pelan Tindakan Kemiskinan dan Pelan Tindakan Alam Sekitar telah diadakan di Perkarangan Pejabat MDK.