Monday, March 4, 2013

JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN


JABATAN KESIHATAN PERSEKITARAN
Jabatan ini bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguruskan perkhidmatan utama di Majlis Daerah Kerian. Bahagian ini diketuai oleh Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (U32) dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (N17), 2 Pembantu Kesihatan Awam (U17) dan Pegawas-Pengawas Cawangan. Terdapat tiga cawangan MDK iaitu MDK Cawangan Parit Buntar, MDK Cawangan Kuala Kurau dan MDK Cawangan Bagan Serai. Bahagian ini bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti seperti berikut:-
PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Mengutip sampah dikawasan operasi MDK dan melupuskan sampah-sampah tersebut di tapak-tapak pelupusan sampah. Bahagian ini juga bertanggungjawab menyelenggara kawasan pelupusan sampah MDK.
PENGURUSAN PEMBERSIHAN LONGKANG DAN SALIRAN
Membersih dan menyelenggara longkang-longkang dan saliran didalam kawasan operasi secara berkala bagi mengelakkan daripada dipenuhi sampah dan saliran tersumbat.
PENYELENGGARAAN KAWASAN AWAM
Memotong rumput dan membersihkan kawasan awam seperti Padang Permainan, laluan awam, Taman-Taman Perumahan, Pasar-Pasar Sehari dan lain-lain kawasan awam dibawah kawalan MDK secara berkala.
PENGURUSAN JENTERA DAN MESIN
Mengurus dan menyelenggara Jentera – Jentera yang berkaitan kebersihan seperti Lori-Lori sampah, Pick-up, Excalator dan mesin-mesin yang digunakan untuk tujuan pembersihan kawasan.
KAWALAN KEBERSIHAN PREMIS DAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
Mengurus, mengawal dan memantau tahap kebersihan premis-premis perniagaan yang dilesenkan dibawah MDK. Bertanggungjawab dalam pengawalan dan pencegahan penyakit-berjangkit bawaan vektor seperti Demam Denggi dengan mengadakan fogging secara berkala.
MENGURUSKAN KHIDMAT PROGRAM KITAR SEMULA
Menguruskan program kitar semula dan kempen kitar semula di dalam Daerah Kerian. Mengadakan Hari Kitar Semula secara berkala bagi memudahkan orang awam menjual barangan kitar semula di Pusat-Pusat Pengumpulan Barang Kitar Semula MDK.

No comments:

Post a Comment