Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Monday, November 5, 2012

PERMIT YANG DIKELUARKAN OLEH MDK

Permit adalah kebenaran sementara yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian kepada individu atau premis perniagaan yang hendak menjalankan sebarang aktiviti-aktiviti dbawah kuat kuasaan dan pantauan Majlis Daerah Kerian. Permit-Permit yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kerian ;

1) Permit Mempamerkan Sepanduk / Banting (Borang KLIK SINI)

2) Permit Ubah Suai Bangunan/Rumah (Borang KLIK SINI)

3) Permit Pertunjukkan Wayang Awam (Permohonan Secara Bersurat)

4) Permit Promosi Kaki Lima Premis (Borang KLIK SINI)

5) Permit Ekspo/Karnival (Permohonan Secara Bersurat)

Maklumat Lanjut Sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Harta
di Talian: 05-7161228 ext: 104

Wednesday, May 30, 2012

KONVOI JELAJAH PERAK 2012


NANTIKAN KEHADIRAN KAMI DISELURUH DAERAH DI NEGERI PERAK!!!!

Thursday, April 5, 2012

MDK BERSAMA LOKALITI TEMPATAN

PENARAFAN 3 BINTANG STAR RATING MDK

NOTIS SEBUTHARGA MDK APRIL 2012

Terbuka kepada pemborong-pemborong yang bertaraf (BUMIPUTERA) dalam Kelas dan Kepala yang berkaitan, berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Majlis Daerah Kerian bagi tahun 2012 dan yang masih dibenarkan membuat kerja secara sebutharga adalah dipelawa oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian untuk menyertai sebutharga. Sila ambil perhatian bahawa LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN . Wakil kontraktor atau surat wakil kontraktor adalah dibenarkan semasa pendaftaran lawatan tapak. Pemborong yang berminat menghadirinya sila laporkan diri di Bahagian Pembangunan (Tingkat Atas) , Majlis Daerah Kerian pada 17.4.2012 (SELASA). Maklumat lanjut layari portal rasmi MDK.

SEWA GERAI & PREMIS MDK BULAN APRIL 2012

IKLAN KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS DAERAH KERIAN BAGI TEMPOH 1 APRIL 2012 – 15 APRIL 2012. Borang Permohonan boleh dibeli di Kaunter Unit Sewaan, Bahagian Pentadbiran dan Undang-Undang Majlis ( Tingkat Atas ) dengan bayaran RM2.00 setiap satu borang pada waktu pejabat dibuka. Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan dengan sekeping salinan kad pengenalan, setem RM0.60 dan 2 keping gambar berukuran passport. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pejabat Majlis Daerah Kerian sebelum atau pada 13.04.2012(Jumaat)

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN & KEBAJIKAN MDK 2012

31 MAC, SABTU – Kelab Sukan dan Kebajikan MDK telah mengadakan meyuarat agung bertempat di Dewan serbaguna Batu 5. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian En. Khairul Amir bin Mohamad Zubir merangkap penaung Kelab Sukan dan Kebajikan MDK