Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Monday, February 22, 2010

PERASMIAN GERBANG MALAM DI DATARAN BAGAN SERAI


























Jumaat, 5 Feb 2010
Majlis Perasmian Gerbang Malam di Dataran Bagan Serai telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Majlis yang dianjurkan dilokasi Gerbang Malam di Dataran Bagan Serai itu bermula pada jam 9.30 minit malam sejurus sahaja ketibaan Tuan YDP Majlis Daerah Kerian. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abu Samah dan disusuli oleh ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Encik Muhamad Razif bin Ramli Setiausaha Majlis Daerah Kerian.

Dalam ucapan ringkas beliau, beliau mengingatkan kepada semua peniaga-peniaga Gerbang Malam agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Kerian dan pihak Majlis Daerah Kerian juga tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan jika terdapat peniaga yang mengingkari peraturan tersebut. Beliau juga memaklumkan kepada semua 95 peniaga dan pengunjung Gerbang Malam agar tidak khuatir akan aspek keselamatan kerana Majlis Daerah Kerian telah menempatkan Penguatkuasa Majlis Daerah Kerian dan rondaan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berkala dikawasan itu. Majlis kemudiannya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan YDP Majlis Daerah Kerian bagi menyampaikan ucapan.

Didalam ucapan tersebut beliau menyarankan kepada semua peniaga agar memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada perniagaan yang diceburi dan mengambil peluang ini bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan tujuan utama Gerbang Malam adalah untuk membantu para peniaga memasarkan barangan masing-masing dengan lebih efektif. Beliau seterusnya merasmikan Gerbang Malam Bagan Serai. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Abu Bakar bin Mat Ali Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak, Y.B Encik Sham bin Mat Sahat ADUN Alor Pongsu, INSP. Sazali bin Shahrian Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Daerah mewakili Ketua Polis Daerah Kerian, Ahli-Ahli Majlis, pihak media, Ketua-Ketua Bahagian dan staf Majlis Daerah Kerian. Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Yusof bin Hamzah dari Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Kerian.





.

Tuesday, February 9, 2010

Program Penyampaian Bantuan Kemiskinan Bandar MDK 2010

Khamis, 4 Feb 2010 Majlis Daerah Kerian telah menganjurkan program penyampaian bantuan kemiskinan bagi membantu warga-warga daerah kerian yang tidak bernasib baik. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan MDK pada jam 10.00 pagi. Pada program tersebut seramai 50 orang telah terpilih untuk menerima bantuan yang terdiri daripada 30 orang daripada kaum melayu, 14 orang kaum India dan 6 orang dari kaum cina. Peruntukkan bantuan tersebut adalah daripada saluran Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang meliputi bantuan sewa rumah, bantuan kemasukkan ke sekolah, bantuan kemasukkan ke IPTA dan bantuan pengangkutan ke sekolah menengah. Program penyerahan bantuan tersebut telah di sempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Hassan selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian.



























Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MDK 2010

Khamis, 4 Feb 2010 Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Kerian telah berlangsung di Dewan Alamanda Majlis Daerah Kerian pada jam 9.00 pagi. Seramai 24 orang ahli majlis telah menerima watikah perlantikan daripada Tuan Haji Ismail bin Hassan selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak, Setiausaha Majlis dan Ketua-Ketua Bahagian MDK. Perlantikan Ahli Majlis Daerah Kerian akan berkuatkuasa dari 4 Februari 2010 sehingga 31 Disember 2010. Yang Dipertua dalam sesi ucapan beliau mengingatkan kepada semua Ahli Majlis agar sentiasa peka dengan masalah rakyat dan berusaha menyelesaikan masalah yang timbul dengan seberapa segera yang mungkin selaras dengan gagasan satu malaysia "Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" ujar beliau lagi keselamatan, keselesaan rakyat dan pembangunan mampan adalah fokus utama kearah pentadbiran daerah yang mantap dan berkesan. Senarai penuh Ahli Majlis Daerah Kerian boleh dilihat pada ruangan Profil Ahli Majlis.