Monday, March 4, 2013

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan Teknologi Maklumat merupakan Jabatan yang bertanggungjawab dalam setiap urusan yang melibatkan Pengkomputeran di dalam pentadbiran dan pengurusan Majlis Daerah Kerian. Jabatan ini juga terlibat sepenuhnya dengan sistem e-PBT. Buat masa ini terdapat seorang Pegawai Teknologi Maklumat (F41) dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) yang mengurus tadbir Jabatan ini. Di antara peranan Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Daerah Kerian ialah:-

PEMBANGUNAN / PENYELENGGARAAN SISTEM (PROGRAMMING)
1. Memenuhi keperluan dan permintaan pembangunan sistem pengguna dari masa ke semasa.
2. Meng’instalasi’, menguji dan menyelenggara sistem berkaitan yang digunakan dilokasi pengguna.
3. Menguji dan memantau penyelenggaraan dan penambahbaikan keatas sistem-sistem yang dibekalkan oleh vendor jabatan.
4. Merancang penambaikan sistem-sistem jabatan dari masa kesemasa mengikut peredaran masa dan permintaan keperluan jabatan.
PENYELENGGARAAN LAMAN WEB RASMI JABATAN (WEBSITE)
1.  menguruskan Laman Web Rasmi Jabatan, menyemak kandungan, mengubahsuai portlet, penambahan ciri-ciri menarik dalam kandungan dan kemaskini kandungan dari masa ke semasa.
2. Mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti semasa yang sedang dianjurkan oleh Jabatan / Bahagian / Unit.
3."Publish” sebarang aktiviti dan kandungan yang dipohon oleh Jabatan, Bahagian dan Unit kedalam Laman Web Rasmi Jabatan.
4. Berurusan dengan vendor-vendor yang terlibat ddalam Pembangunan Laman Web Jabatan.
5. Merancang penambaikan Laman Web Rasmi jabatan dari masa kesemasa mengikut peredaran masa dan permintaan keperluan jabatan.
PENYELENGGARAAN PERKAKASAN ICT (HARDWARE)
1. Melakukan pre-maintanance dari masa ke semasa keatas perkakasan ICT seperti CPU, Pencetak, Monitor, Server Unit dan dll.
2. Mengesan dan memperbaiki kerosakan samada melibatkan sistem atau perkakasan ICT apabila dimohon oleh pengguna dan 'upgred' spesifikasi jika perlu.
3. Menguji perkakasan yang dibekalkan kepada jabatan samada yang baru atau selepas dibaikpulih oleh vendor jabatan.
4. Merancang penambaikan perkakasan ICT jabatan dari masa kesemasa mengikut peredaran masa dan permintaan keperluan jabatan.
 PENYELENGGARAAN SISTEM RANGKAIAN (NETWORKING)
1. Melakukan “pre-maintanance” dari masa ke semasa keatas perkakasan rangkaian seperti modem, router, switch, hub, Server, wifi dan pengkabelan Local Area Network.
2. Mengesan dan memperbaiki kerosakan yang melibatkan sistem rangkaian apabila dimohon oleh pengguna.
3. Menguji perkakasan rangkaian yang dibekalkan kepada jabatan samada yang baru atau selepas dibaikpulih oleh vendor jabatan.
4. Merancang penambaikan sistem rangkaian jabatan dari masa kesemasa mengikut peredaran masa dan permintaan keperluan jabatan.
PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN ASET ICT
1. Menguruskan Pembelian Aset Alih ICT, alat ganti perkakasan dan alat tulis ICT seperti Disket, cdrom, toner, katrij dan dll.
2. Menguruskan penyimpanan, pengeluaran, pelupusan dan rekod-rekod yang berkaitan mengikut garis panduan pengurusan harta modal kerajaan.
3. Merancang penambaikan pengurusan dan penyelenggaraan aset ICT jabatan dari masa kesemasa mengikut peredaran masa dan permintaan keperluan jabatan.


No comments:

Post a Comment