Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Tuesday, June 23, 2015

PERASMIAN & OPERASI BAZAR RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK DI BAZAR RAMADAN BAGAN SERAI 2015

19 JUN 2015 Perasmian dirasmikan oleh Dato Mah Hang Soon 
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu) dan turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Daerah, Pengerusi Persatuan Penjaja Daerah, Ahli-ahli Majlis Daerah Kerian dan wakil-wakil agensi .

Wednesday, June 17, 2015

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PASAR AWAM BATU LIMA

20 April 2015 Isnin - Gotong royong membersihkan Pasar Awam Batu Lima telah diadakan bersempena dengan kempen membenteras nyamuk aedes yang telah dilancarkan baru-baru ini. Gotong royong kali ini melibatkan staf MDK, Ahli Majlis, MMS, JPP dan peniaga setempat. Pasar awam batu lima merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pembeli apabila kawasan di sekitarnya telah membangun dengan pesat dan pertambahan penduduk yang mendadak.

BIG CLEANING DAY DI MDK CAWANGAN PARIT BUNTAR

13 Mac 2015 Jumaat- Big Cleaning Day telah diadakan di Cawangan MDK Parit Buntar bertujuan untuk membersihkan stor yang terdapat di cawangan itu. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah disertai oleh kesemua staf MDK kecuali staf yang bertugas di Kaunter. Menurut Encik Abdul Khair bin Hj. Ahamad, YDP Majlis Daerah Kerian, tujuan aktiviti pembersihan besar besaran ini adalah bagi melupuskan fail-fail dan aset-aset lama MDK yang tidak digunapakai lagi.