Tuesday, February 2, 2010

Tempat-tempat yang menarik.....

Pantai Ban Pecah




Pantai Ban Pecah atau dikenali sebagai “Pantai Rock” oleh penduduk tempatan adalah merupakan salah satu destinasi menarik yang terdapat di Daerah Kerian, Perak, Terletak didalam kawasan Muki
m Tanjung Piandang, Perak ini, anda akan dapat melihat suasana matahari jatuh terbenam ketika senja yang melintasi Laut Selat Melaka ini. Kepada Kaki Pancing, Pantai Ban Pecah adalah tempat yang paling sesuai untuk anda, Siakap, Pari dan juga Semilang merupakan buruan anda disini.

Apabila Sang Suria meninggalkan satu panorama yang amat memukau jiwa, keindahan malam yang menjelma akan membuatkan anda terpegun dengan hidangan Kari Ikan Semilang segar yang amat terkenal di Daerah Kerian yang menjadi menu utama deretan gerai-gerai makan disekitarnya sambil anda dialunkan dengan persembahan irama nyanyian daripada penduduk tempatan. Jangan lepaskan peluang ini, kedatangan anda amat dialu-alukan.


Kuala Gula







Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur.
Terdapat sepuluh buah chalet untuk pelancong yang datang ke santuari ini. Chalet tersebut disediakan pada kadar sewa yang berpatutan untuk pelancong-pelancong yang berminat untuk bermalam di Kuala Gula. Bot-bot kepunyaan orang kampung di sini boleh disewa untuk tujuan memancing, memerhati hidupan liar/burung dan lain-lain dengan kadar harga yang berpatutan.


Bukit Merah Laketown Resort




Bandar ini merupakan bandar baru pelancongan yang terletak kira-kira 55 kilometer dari Parit Buntar melalui Jalan Persekutuan. Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Bukit
Merah.

Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-
- Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
- Orang Utan Island
- Taman Eco-Park
- Tempat penginapan seperti Lake Town Inn.

Pinggiran Sungai Kerian



Projek Pinggiran Sungai Kerian yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan di bawah Jabatan Landskap Negara merupakan salah satu projek rekreasi pinggir sungai yang terbesar dibangunkan di Parit Buntar oleh Majlis Daerah Kerian. Pada masa ini fasa yang telah siap dimajukan iaitu bermula dari tali air berdekatan Arked MDK hingga ke tali air di Lorong Syed Hamid.


1 comment:

  1. saya antara yg terlibat dengan projek landskap pinggiran sungai kerian

    ReplyDelete