Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Wednesday, December 1, 2010

HARI LANDSKAP 2010 PERINGKAT NEGERI PERAK

15 November 2010, Isnin Daerah Kerian telah terpilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Perak 2010. Program tersebut diadakan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian bermula seawal jam 8.00 pagi. Turut sama menyertai program tersebut ialah 15 buah PBT seluruh Negeri Perak yang bertanding dalam menyediakan taman tema PBT masing-masing. Program dimulakan dengan ketibaan Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak, Tuan Haji Ismail Bin Hassan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Orang Besar Jajahan Daerah Larut matang & Selama, Encik Sabri Mansor, Wakil Jabatan Landskap Negara, Encik Khairul Akhtar, Wakil Bahagian Kerajaan Tempatan PSUK Perak, Encik Abdullah Salleh, Wakil Pegawai Kanan M.B Perak, YDP seluruh PBT Perak. Setiausaha seluruh PBT Perak dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kerian.
Berbagai program diadakan pada hari tersebut seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, Pameran Landskap dan Taman

Untuk Keputusan Pemenang Taman Tema KLIK SINI

Untuk Keputusan Pemenang Landskap Awam KLIK SINI

Untuk Gambar Peristiwa KLIK SINI

Wednesday, August 25, 2010

Ceramah Penghayatan Ramadhan Dalam Konteks Perkhidmatan Awam dan Majlis Berbuka Puasa

Pada 24 hari bulan Ogos tahun 2010 (Selasa), Majlis Ceramah Penghayatan Ramadhan dalam Konteks Perkhidmatan Awam dan Majlis Berbuka Puasa telah diadakan di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar. Majlis tersebut bermula pada jam 5.30 petang dengan ketibaan kakitangan- kakitangan Majlis Daerah Kerian, Ahli Majlis Daerah Kerian, dan tetamu-tetamu jemputan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Haji Ismail Bin Hassan P.C.M.A.C.M. A.M.N dan Setiausaha Majlis Daerah Kerian.

Majlis dimulakan dengan Ceramah Penghayatan Ramadhan dalam Konteks Perkhidmatan Awam oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kasim Bin Elias Al-Hafiz sehinga jam 6.30 petang. Pengisian seterusnya ialah Majlis Tahlil oleh semua kakitangan Majlis Daerah Kerian di bawah pimpinan Encik Abu Samah. Selepas selesai semua kakitangan dan jemputan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah, Majlis Tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Kerian, En. Mohamad Razif bin Ramli bertajuk “Kerja itu Ibadah” telah disampaikan oleh beliau. Solat Isyak berjemaah dan solat terawih berjemaah sebagai penutup tirai majlis berbuka puasa pada hari tersebut dan sebelum majlis bersurai kakitangan Majlis Daerah Kerian dan para tetamu menikmati moreh.