Monday, March 4, 2013

JABATAN PERBENDAHARAAN


Matlamat Jabatan
Bertanggungjawab memastikan semua hasil dan perbelanjaan penerimaan dan pembayaran daripada/kepada orang awam serta penyimpan wang awam direkod dan diuruskan mengikut Akta Acara Kewangan dan lain-lain peruntukan yang berkaitan.
Fungsi Jabatan
  • Bertangungjawab memproses perbelanjaan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan bagi menyediakan akaun tahunan.
  • Mengawal dan merancang semua aspek belanjawan.
  • Menentukan penyediaan maklumat-maklumat bagi jawatankuasa tender dan kewangan.
  • Menerima dan memproses kutipan untuk penyediaan akaun tahunan.
  • Analisis dan penjanaan laporan perbagai penyata kutipan hasil dan dikemaskinikan dengan lebih tepat.
  • Menyediakan akaun tahunan pada setiap tahun mengikut Arahan Perbendaharaan.
  • Menyediakan maklumat-maklumat kewangan tahunan untuk menyediakan soal selidik dan teguran audit.
  • Mengurus semua jenis pembayaran.
  • Mencari kaedah terbaik terhadap lebihan hasil Majlis supaya mendapat faedah maksimum.

No comments:

Post a Comment