Soalan-soalan Lazim dan Jawapan
1.Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Taksiran Am?
- Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman, kedai, kilang, hotel, stesen minyak dan tanah kosong yang terdapat di kawasan Majlis Daerah Kerian.
2.Bagaimanakah Cukai Taksiran dikenakan?
- Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan. Cukai Taksiran = Nilai Tahunan X Kadar %
3.Mengapakah Cukai Taksiran yang dikenakan adalah berbeza
- Pada asalnya sesebuah skim perumahan yang jenis rumahnya sama sebagai contoh 1/T berkembar atau sebagainya adalah dikenakan cukai pada kadar yang sama mengikut jenis yang ada.Asas pengiraan cukai taksiran adalah berasaskan kepada keluasan bangunan utama dan bangunan luar(awning).Cukai yang dikenakan menjadi berbeza apabila pemilik-pemilik rumah melakukan kerja-kerja tambahan mengikut keluasan atau kelulusan yang tersendiri. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan keluasan kawasan bangunan yang bercukai telah bertambah. Oleh itu cukai yang dikenakan adalah berbeza mengikut keluasan tambahan yang dilakukan oleh pemilik itu
4.Bilakah bil cukai taksiran dikeluarkan dan tempoh pembayaran bil ?
- Bil cukai taksiran dikeluarkan minggu pertaman bulan Januari bagi separuh tahun pertama dan minggu pertama bulan Jun bagi separuh tahun kedua. Tempoh bayaran cukai bagi separuh tahun pertama adalah sehingga 28 Februari dan tempoh bayaran separuh tahun kedua sehingga 31 Ogos. Sekiranya bayaran dibuat selepas tarikh berkenaan tambahan denda notis akan dikenakan.
5.Bagaimanakah cara untuk pindahmilik harta?
- Pindahmilik harta berdasarkan kasih sayang perlu mengisi Borang J dan secara pembelian perlu mengisi Borang I sebanyak 2 salinan dan perlu disertakan sesalinan kad pengenalan penerima, salinan bayaran cukai terkini, salinan geran/perjanjian/surat sumpah (surat sumpah yang asal) dan dikenakan bayaran proses RM10.00 setiap satu harta yang dipindahmilik.
6.Bagaimanakah cara untuk tukar alamat perhubungan?
- Boleh dibuat melalui telefon, surat menyurat, emel atau hadir ke Majlis untuk mengisi borang. Perkhidmatan ini adalah percuma.
7.Sekiranya rumah tidak diduduki atau disewa bolehkah cukai taksiran dikembalikan?
- Mengisi borang rebet dan diserta salinan bayaran cukai tekini yang telah dijelaskan.
8.Sekiranya pengubahsuaian rumah dibuat adakah cukai taksiran dinaikkan?
- Penilaian semula akan dibuat terhadap tambahan rumah yang dilakukan pemilik dan cukai baru akan dikenakan.
9.Bolehkah pembayaran cukai taksiran dibuat secara ansuran?
- Bayaran cukai boleh dibuat secara ansuran sebanyak 6 kali bagi setiap separuh tahun pertama dan separuh tahun kedua.
10.Bolehkah cukai taksiran diberi pelepasan?
- Cukai taksiran boleh diberi pelepasan jika bangunan tersebut dirobohkan atau dimusnahkan dengan sebab-sebab kebakaran, angin ribut atau sebab-sebab lain dengan syarat pemohon mengemukakan permohonan pelepasan itu.
11.Mengapa cukai taksiran dikenakan ke atas tanah oleh Majlis sedangkan ianya telah dikenakan cukai hasil oleh Pejabat Tanah?
- Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965; sedangkan Cukai taksiran yang dikenakan oleh Majlis adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
12.Adakah konsesi diberi jika sesebuah rumah tersebut diduduki oleh pemunyanya sendiri?
- Tidak. Tidak ada sebarang peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang membolehkan Majlis memberi konsesi atas bayaran cukai taksiran bagi rumah yang diduduki sendiri
13.Adakah cukai taksiran dikenakan bagi bangunan yang tidak diduduki atau kosong?
- Ya, cukai taksiran tetap dikenakan walaupun sesebuah bangunan atau rumah itu kosong. Walaubagaimanapun, jika bangunan tersebut kosong dan untuk disewakan, maka para pemilik bolehlah memohon agar bayaran cukai taksiran mereka dipulangkan. Proses ini dipanggil pulangan balik hasil.
14.Apa yang dimaksudkan dengan Notis Kadaran?
- Notis Kadaran adalah notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas pegangan mereka. Dengan maksud lain, ia adalah satu makluman mengenai jumlah cukai taksiran yang akan dikenakan.
15.Bolehkah pemilik membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut?
- Pemilik boleh membuat bantahan ke atas Nilai Tahunan tersebut dengan menghantar surat kepada Majlis. Setiap pemilik yang membuat bantahan akan diberi peluang untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Cukai Taksiran bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya.
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
JABATAN PENILAIAN
NO TEL: 057161228 EXT 122
No comments:
Post a Comment