Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Sunday, July 28, 2013

PROGRAM BERSAMA NESTLE

24 JULAI 2013– Majlis Daerah Kerian telah membantu pihak Nestle menjalankan tanggungjawab sosialnya di kawasan ini dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Dataran Kerian Permai, Parit Buntar.

Wednesday, July 17, 2013

MDK TEMPAT PERTAMA TANDAS TERBAIK PBT PERAK

16 Julai 2013 – Majlis Daerah Kerian telah berjaya memperoleh tempat Pertama Anugerah Penarafan Bintang Tandas PBT Negeri Perak  dan tempat Ketiga Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan PBT Negeri Perak bagi kategori Majlis Daerah yang telah disampaikan oleh YB. Dato’ Saarani bin Mohamad, Pengerusi Jawankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 27 Jun 2013. Selain dari itu, MDK juga berjaya merangkul beberapa anugerah lain antaranya Sijil Bersih Penyata Kewangan, 100% Penyelesaian Permohonan Cadangan Perumahan Melalui OSC, Pencapaian Terampil Sasaran Kutipan Tunggakan Cukai Tafsiran dan Anugerah 5 Bintang Malaysia Government Portal & Website Assessment.

Sunday, July 14, 2013

YDP PRIHATIN

8 JULAI 2013 – Yang Dipertua Majlis bersama Ketua-Ketua Jabatan telah mengadakan lawatan turun padang untuk melawat anggota kerja Majlis yang telah ditimpa kemalangan. Yang Dipertua Majlis juga turut menyampaikan sumbangan kepada anggota kerja yang terlibat.

CABUTAN TAPAK EKSPO 2013

4 JULAI 2013– Jabatan Pelesenan Majlis Daerah Kerian telah mengadakan cabutan tapak bagi ekspo sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sebanyak 79 tapak disediakan di kawasan Parit Buntar dan 48 tapak di kawasan Bagan Serai.