Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Sunday, August 25, 2013

PROGRAM CERIA MERDEKA


21 Ogos 2013 – Pihak pengurusan Majlis telah mengadakan pertandingan Ceria Merdeka antara zon dalaman MDK. Selain berkonsepkan pengisian kemerdekaan, elemen 5S dan kitar semula juga turut diambil kira. Sebanyak tujuh (7) zon dinilai oleh panel penilai yang dilantik dari jabatan kerajaan luar.

MAJLIS PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG 2013


20 Ogos 2013 – Satu Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2013 telah diadakan di pinggiran Sungai Kerian yang dirasmikan oleh YB. Dato’ Saarani bin Mohamad, mewakili YAB Menteri Besar Perak.

Tuesday, August 6, 2013

TURUN PADANG


6 OGOS Selasa, Program turun padang telah diadakan di Kawasan Jalan Tali Air Simpang Lima Parit Buntar [Kawasan Cadangan Pembangunan 6 Unit Kediaman Berhampiran Kilang Taiko Bleaching Earth]. Tujuan perjumpaan ini bagi mendapatkan kedudukan sebenar berhubung aduan tersebut. Hasil lawatan didapati pemasangan ’hoarding’ mematuhi kelulusan pihak Majlis dan pihak pemaju turut dimaklumkan supaya memasang papan tanda pemberitahuan cadangan projek yang dimaksudkan mengikut spesikasi yang telah ditetapkan. Seramai 2 orang Ahli Majlis bersama 5 orang pegawai Majlis serta pihak Kilang Taiko Bleaching Earth dan tuan tanah cadangan pembinaan rumah kediaman tersebut telah hadir semasa sesi lawatan dijalankan.

Sunday, August 4, 2013

PENYAMPAIAN BANTUAN SEMPENA AIDILFITRI LA21 KERIAN

1 Ogos 2013 – Majlis Daerah Kerian dengan kerjasama Local Agenda 21 Kerian di bawah Pelan Tindakan Kemiskinan telah mengadakan Penyampaian Bantuan Sempena Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Bukit Merah Laketown Resort. Penerima sumbangan terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan bagi kawasan Parit Buntar dan Bagan Serai.