Tuesday, August 6, 2013

TURUN PADANG


6 OGOS Selasa, Program turun padang telah diadakan di Kawasan Jalan Tali Air Simpang Lima Parit Buntar [Kawasan Cadangan Pembangunan 6 Unit Kediaman Berhampiran Kilang Taiko Bleaching Earth]. Tujuan perjumpaan ini bagi mendapatkan kedudukan sebenar berhubung aduan tersebut. Hasil lawatan didapati pemasangan ’hoarding’ mematuhi kelulusan pihak Majlis dan pihak pemaju turut dimaklumkan supaya memasang papan tanda pemberitahuan cadangan projek yang dimaksudkan mengikut spesikasi yang telah ditetapkan. Seramai 2 orang Ahli Majlis bersama 5 orang pegawai Majlis serta pihak Kilang Taiko Bleaching Earth dan tuan tanah cadangan pembinaan rumah kediaman tersebut telah hadir semasa sesi lawatan dijalankan.

No comments:

Post a Comment