Monday, March 4, 2013

JABATAN PERANCANG BANDAR


JABATAN PERANCANG BANDAR
Jabatan Perancang Bandar , Majlis Daerah Kerian merupakan bahagian yang di pertanggungjawabkan untuk memastikan pembangunan gunatanah dalam kawasan pentadbirannya di rancang secara komprehensif, mampan, seimbang dan memenuhi kehendak rancangan pemajuan serta selaras dengan pembangunan Negeri Perak.

Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mewujudkan keindahan bandar serta penyelenggaraan yang efisyen dengan menyediakan kawasan lapang dan taman-taman rekreasi yang hijau lengkap dengan kemudahan rekreasi bagi meningkatkan kesejahteraan, keharmonian dan keselesaan hidup penduduk dalam kawasan pentadbirannya di mana seiring dengan keseimbangan pembangunan dan alam sekitar yang perlu dititikberatkan.
OBJEKTIF
  • Membangun, mengawal dan merancang pemajuan serta penggunaan tanah selaras dengan rancangan pemajuan dan seterusnya bagi memenuhi kehendak perancangan pembangunan sejagat.

  • Membentuk strategi pembangunan yang komprehensif untuk mencapai suasana bandar yang mampan dan seimbang.

  • Melaksanakan Local Agenda 21 Kerian Yang Berteraskan Proses Perundingan, Penyertaan Dan Usahasama Ke Arah Pembangunan Mampan.

  • Memastikan keperluan terhadap pembangunan insan dengan penyediaan kemudahan rekreasi, ibadah dan pemeliharaan alam sekitar di samping kemudahan asas yang lain agar masyarakat yang syumul (sejahtera dan progresif) dapat dibentuk.

  • Memperindahkan kawasan pentadbiran majlis bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa untuk didiami.

  • Memastikan kawasan-kawasan landskap Majlis diselenggara dengan cekap dan mengikut kaedah yang betul.

No comments:

Post a Comment