Monday, March 4, 2013

UNIT UNDANG-UNDANG


UNIT UNDANG-UNDANG
Pengenalan
Selaras dengan perkembangan Majlis serta pembangunan yang pesat, maka objektif utama Unit Undang-Undang adalah bertangggungjawab mengurus hal-hal yang berkaitan dengan perundangan secara adil, teratur, berkesan serta memuaskan hati pelanggan selain memastikan kepentingan Majlis adalah dilindungi selaras dengan peruntukan undang-undang yang digunapakai. Unit Undang-undang diletakkan di bawah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Kerian.

FUNGSI DAN TUGA
Fungsi dan tugas unit ini adalah seperti berikut:-
     i.      1)  Memberi nasihat dan perkhidmatan perundangan kepada jabatan yang memerlukan agar segala tindakan tidak ‘ultra vires’ dengan sebarang undang-undang yang sedia ada.
    ii.      2)  Bertanggungjawab menyediakan, menggubal dan menyemak draf Undang-Undang Kecil, Perintah serta kaedah sama ada yang baru atau pindaan yang dibuat.
   iii.      3)   Menyediakan dan menyediakan pelbagai perjanjian, ‘Memorandum of Understanding’ dan ‘legal notice’ yang diperlukan.
  iv.      4)  Menguruskan fail-fail kes pelbagai jabatan, saman, pengaduan serta pertuduhan untuk pendaftran kes pendakwaan ke mahkamah.
    v.       5)  Bertanggungjawab  meneliti, menjalankan sebutan dan pendakwaan bagi kes Majlis.
  vi.      6)   Menguruskan hal tuntutan pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
 vii.       7)  Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
viii.      8)   Menyediakan kertas siasatan untuk kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.

No comments:

Post a Comment