Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Thursday, January 27, 2011

KARNIVAL JUALAN TAHUN BARU CINA

PERJUMPAAN YDP BERSAMA KAKITANGAN MDK

24 Februari 2011, Isnin, Bertempat di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar, satu majlis perjumpaan semua kakitangan MDK telah diadakan pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut diadakan untuk semua kakitangan MDK bagi mendengar amanat Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Kerian bagi tahun 2011. Program tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abu Samah, Pembantu Penguatkuasa dan ucapan alua-aluan oleh Encik Mohamad Razif bin Ramli, Setiausaha Majlis Daerah Kerian seterusnya ucapan Tuan Hj. Ismail bin Hassan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Intipati daripada ucapan beliau ialah beliau berharap agar semua kakitangan menjaga akhlak yang baik bagi menjaga nama baik Jabatan dan beliau menasihatkan semua staf supaya tidak terjebak didalam aktiviti yang tidak bermoral seterusnya menguatkan lagi kekuatan integriti yang ada didalam diri masing-masing. Beliau juga berharap agar semua kakitangan meneruskan lagi budaya kerja cemerlang dan terus menjadikan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ sebagai tonggak perkhidmatan yang diberikan oleh MDK kepada rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan MDK yang telah bekerjasama dengan beliau di sepanjang tahun 2010 dan harapan beliau agar kerjasama yang erat ini terus kekal pada tahun ini. Program ini juga turut dihadiri oleh semua Kounsiler MDK. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

LAWATAN KERJA MENTERI BESAR PERAK

19 Februari 2011, Rabu. Bertempat di Padang MDK Gunong Semanggol, Program Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir selama 2 hari di Daerah Kerian. Program tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pembukaan pameran, kaunter pembayaran dan khidmat bantu oleh Jabatan dan agensi kerajaan. Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak hadir pada jam 2.30 petang bersama barisan EXCO dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir pada program tersebut ialah Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Hj. Ismail bin Hassan, Penyelaras-Penyelaras DUN, Kounsiler Majlis Daerah Kerian, Ketua-Ketua Jabatan, Orang Besar Jajahan Daerah Kerian, Wakil-Wakil NGO, wartawan dan orang ramai. pelbagai acara menarik dianjurkan pada hari tersebut seperti Klinik Dr. Zambry oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (PSUK), Pertandingan Memasak Kari Ikan Semilang dan Tempek Kelapa oleh KEMAS Daerah Kerian, Ujian Kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kerian , Pertunjukkan permainan ular berbisa, Pertandingan Tarik Tali dan lain-lain lagi.

Wednesday, January 12, 2011













Untuk memohon sebagai Ahli Majlis Masyarakat Sivil MDK SILA KLIK SINI

KEMPEN BAYAR CUKAI TAKSIRAN 2011

MALAYSIA MEMANG BOLEH!



4 Januari 2011, Selasa: MD Kerian mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak kita menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan menamatkan penantian 14 tahun. Syabas!

PENYAMPAIAN ANUGERAH 5 BINTANG(LAMAN WEB)



16 Disember 2010, Khamis: Bengkel Pemantapan Laman Web/Portal MPS telah dianjurkan bersama oleh Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri pada 16 hingga 17 Disember 2010 di Berjaya Hotel Penang. Bengkel tersebut dianjurkan bagi memantapkan dan merancang pembangunan Portal yang lebih dinamik bagi tahun 2011. Turut diadakan juga adalah Penyampaian anugerah ‘5 Star’ kepada Agensi yang telah mendapat pengiktirafan daripada MDEC setelah penilaian MGPWA dilaksanakan pada tahun 2010. Sebanyak 70 agensi telah berjaya memperolehi keputusan ‘5 Star’ termasuk Majlis Daerah Kerian. Pelbagai program dilaksanakan pada bengkel kali ini seperti perkongsian maklumat, pembentangan , klinik MDEC dan lain-lain lagi.

PROGRAM PENGINDAHAN & KECERIAAN PPMS BT.6,BERIAH




23 Disember 2010, Khamis: Program Pengindahan dan Keceriaan di PPMS Batu 6, Lembah Beriah telah dianjurkan bersama oleh Local Agenda 21 Kerian dan Majlis Daerah Kerian. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dihadiri oleh Dato’ Zali bin Cha, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Perak, Setiausaha Majlis Daerah Kerian, Pemimpin-pemimpin masayarakat setempat, Ahli-ahli Majlis, Kakitangan MDK dan penduduk disekitar kawasan tersebut. Berbagai aktiviti diadakan di sepanjang program tersebut seperti sesi ucapan dari pemimpin, penanaman pokok, pameran, pertunjukkan permainan ular, senamrobik dan gotong royong memasak bubur Asura. Program berkenaan adalah merupakan program yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk setempat agar menjaga kebersihan dan sentiasa memastikan kawasan sekitar sentiasa indah bagi memastikan kehidupan komuniti masyarakat terus harmoni.