Monday, March 4, 2013

JABATAN KEJURUTERAAN


MATLAMAT JABATAN KEJURUTERAAN

Matlamat jabatan adalah untuk memberi keselesaan dan keharmonian kepada orang ramai. Sehubungan itu, Majlis berusaha dari masa ke semasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan melaksanakan projek-projek pembangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis samada dalam kawasan operasi dan kawasan kawalan. Untuk mencapai matlamat ini supaya sesuatu tindakan itu lebih berkesan dan menepati kehendak prosedur kerja yang sebenar.
FUNGSI JABATAN KEJURUTERAAN

  • Merancang dan mengawal pelaksanaan projek-projek serta bertanggungjawab ke atas proses pembayaran projek-projek pembangunan / infrastruktur yang telah siap dilaksanakan.
  • Memproses permohonan lampu jalan awam dan merancang keperluan penggunaan lampu-lampu jalan awam di dalam kawasan Majlis.
  • Memeriksa dan mengambil tindakan susulan di atas aduan yang diterima dari orang awam mengenai kerosakan harta-harta Majlis.
  • Memproses permohonan pengorekan, menjalankan pemeriksaan dan mengenakan deposit kepada Jabatan Teknikal/ Agensi Swasta yang terlibat.
  • Memproses pendaftaran pemborong dengan Majlis Daerah Kerian.
  • Menyelenggara harta Majlis supaya sentiasa dalam keadaan baik seperti bangunan, jalan, longkang, papan tanda, perhentian bas dan lain-lain.
  • Mengemaskini senarai "MASTER ROAD INDEX" untuk dikemukakan kepada pihak Berkuasa dan rekod Majlis.
  • Bertanggungjawab di atas pengubahsuaian bangunan-bangunan Majlis.
  • Memberi ulasan pelan ke atas Pelan-pelan Bangunan serta Pelan Jalan dan Parit kepada Jabatan OSC.
  • Memproses permohonan kerja tanah, menjalankan pemeriksaan dan mengenakan deposit ke atas mana-mana pemaju yang menggunakan jalan Majlis bagi menjalankan sesuatu projek.

No comments:

Post a Comment