Jabatan Penilaian merupakan salah satu organisasi MDK yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja Penilaian bagi tujuan cukai taksiran. Sebagaimana diketahui, hasil cukai taksiran adalah penyumbang utama kepada pendapatan Majlis. Sekiranya kutipan cukai taksiran gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan maka ianya akan menjejaskan perjalanan pengurusan Majlis secara umum.
MATLAMAT
- Menjalankan kerja-kerja Penilaian bagi maksud kadaran iaitu menilai semua jenis pegangan yang terletak dalam kawasan operasi Majlis bagi tujuan Cukai Taksiran dan Carum Membantu Kadar.
- Berusaha meningkatkan pendapatan Majlis melalui punca-punca hasil Cukai Taksiran dan Carum Membantu Kadar.
No comments:
Post a Comment