Tuesday, March 5, 2013

UNIT AUDIT DALAM


PENGENALAN
Unit Audit Dalam (UAD), Majlis Daerah Kerian (MDK) telah ditubuhkan pada 1hb November 2009, di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979. Peranan dan tanggungjawab UAD telah dimantapkan lagi melalui Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2004. Audit dalam merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Majlis dan bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua. UAD menjalankan pengauditan secara bebas dan melaporkan hasil pengauditan tersebut kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian dan pihak yang berkaitan

FUNGSI DAN TUGAS
2.1 Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan system kewangan serta kawalan              dalaman organisasi.
2.2 Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan, dan arahan yang berkuatkuasa.
2.3 Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan.
2.4 Mengkaji aset dan kepentingan organisasi  dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelenggaraan.
2.5 Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
2.6  Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua system termasuk system ICT.
2.7  Melaporankan kepada Yang Dipertua hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
2.8  MenyediakanRancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Yang Dipertua.

No comments:

Post a Comment