Thursday, January 27, 2011

PERJUMPAAN YDP BERSAMA KAKITANGAN MDK

24 Februari 2011, Isnin, Bertempat di Dewan Seri Kerian, Parit Buntar, satu majlis perjumpaan semua kakitangan MDK telah diadakan pada jam 8.00 pagi. Majlis tersebut diadakan untuk semua kakitangan MDK bagi mendengar amanat Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Kerian bagi tahun 2011. Program tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abu Samah, Pembantu Penguatkuasa dan ucapan alua-aluan oleh Encik Mohamad Razif bin Ramli, Setiausaha Majlis Daerah Kerian seterusnya ucapan Tuan Hj. Ismail bin Hassan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Intipati daripada ucapan beliau ialah beliau berharap agar semua kakitangan menjaga akhlak yang baik bagi menjaga nama baik Jabatan dan beliau menasihatkan semua staf supaya tidak terjebak didalam aktiviti yang tidak bermoral seterusnya menguatkan lagi kekuatan integriti yang ada didalam diri masing-masing. Beliau juga berharap agar semua kakitangan meneruskan lagi budaya kerja cemerlang dan terus menjadikan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ sebagai tonggak perkhidmatan yang diberikan oleh MDK kepada rakyat. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan MDK yang telah bekerjasama dengan beliau di sepanjang tahun 2010 dan harapan beliau agar kerjasama yang erat ini terus kekal pada tahun ini. Program ini juga turut dihadiri oleh semua Kounsiler MDK. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

No comments:

Post a Comment