Thursday, January 27, 2011

LAWATAN KERJA MENTERI BESAR PERAK

19 Februari 2011, Rabu. Bertempat di Padang MDK Gunong Semanggol, Program Hari Bertemu Pelanggan telah diadakan sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir selama 2 hari di Daerah Kerian. Program tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pembukaan pameran, kaunter pembayaran dan khidmat bantu oleh Jabatan dan agensi kerajaan. Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak hadir pada jam 2.30 petang bersama barisan EXCO dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir pada program tersebut ialah Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Tuan Hj. Ismail bin Hassan, Penyelaras-Penyelaras DUN, Kounsiler Majlis Daerah Kerian, Ketua-Ketua Jabatan, Orang Besar Jajahan Daerah Kerian, Wakil-Wakil NGO, wartawan dan orang ramai. pelbagai acara menarik dianjurkan pada hari tersebut seperti Klinik Dr. Zambry oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (PSUK), Pertandingan Memasak Kari Ikan Semilang dan Tempek Kelapa oleh KEMAS Daerah Kerian, Ujian Kesihatan percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kerian , Pertunjukkan permainan ular berbisa, Pertandingan Tarik Tali dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment