
Majlis dimulakan dengan Ceramah Penghayatan Ramadhan dalam Konteks Perkhidmatan Awam oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kasim Bin Elias Al-Hafiz sehinga jam 6.30 petang. Pengisian seterusnya ialah Majlis Tahlil oleh semua kakitangan Majlis Daerah Kerian di bawah pimpinan Encik Abu Samah. Selepas selesai semua kakitangan dan jemputan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah, Majlis Tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Kerian, En. Mohamad Razif bin Ramli bertajuk “Kerja itu Ibadah” telah disampaikan oleh beliau. Solat Isyak berjemaah dan solat terawih berjemaah sebagai penutup tirai majlis berbuka puasa pada hari tersebut dan sebelum majlis bersurai kakitangan Majlis Daerah Kerian dan para tetamu menikmati moreh.





































No comments:
Post a Comment