Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa aduan yang dibuat oleh penduduk Taman Tanjung Piandang Indah kerana kawasan perumahan mereka sering dinaiki air dan berlaku banjir kilat. Bagi meyelesaikan aduan tersebut, program turun padang telah diadakan pada tarikh 9 hari bulan Ogos tahun 2010, bertempat di Taman Piandang Indah dan Pekan Tanjung Piandang yang dihadiri oleh Yang Berhormat En. Yunus, ADUN Kawasan Kuala Kurau, Wakil Jabatan Pengairan dan Saliran, Bahagian Perancang Bandar, Bahagian Pembangunan Dan Bahagian Perkhidmatan Bandar Majlis Daerah Kerian.
Daripada pemerhatian dan pemeriksaan oleh peserta-peserta lawatan di tapak mendapati ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir kilat yang berlaku. Pertama, kawasan perumahan mereka terletak di kawasan yang agak rendah dan berdekatan dengan sawah padi dan secara tidak lansung menyebabkan sistem pengaliran air longkang kurang lancar dan tidak dapat menampung kuantiti air hujan yang banyak. Faktor kedua kerana saiz longkang di hadapan rumah kedai adalah kecil dan tidak dapat menampung semua air hujan yang datang dari keseluruhan taman perumahan tersebut. Faktor terakhir disebabkan oleh parit tanah yang bersambung dari longkang Taman Piandang Indah hingga pintu air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah cetek dan melalui beberapa halangan seperti culvert yang sempit. Selain itu, pintu air kawalan untuk air pasang dan surut juga menjadi punca banjir kilat berlaku apabila perlu ditutup pada masa air pasang dan pada masa yang sama hujan turun dengan lebatnya.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, terdapat beberapa inisiatif yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Daerah Kerian bagi membanteras masalah ini. Antaranya, Jabatan Pengairan dan Saliran akan melihat dari segi pembersihan parit tanah seperti rumput-rampai dan kelubuk serta akan mengkaji kedudukan pintu air sedia ada untuk mengawal air pasang surut dari air laut yang berdekatan. Majlis Daerah Kerian juga bertindak memohon peruntukan untuk menaik taraf longkang konkrit di kawasan rumah kedai Taman Piandang dan parit tanah dari taman ke pintu air.
No comments:
Post a Comment