Wednesday, August 25, 2010

Program Turun Padang - Pasar Ramadhan


Sempena Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini Program Turun Padang telah diadakan pada 16 Ogos 2010 bertempat di Pasar Ramadhan Taman Wawasan, Parit Buntar. Program ini telah dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Kerian. Program ini telah dihadiri bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Setiausaha Majlis, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ahli Majlis Kawasan Parit Buntar, ahli Kelab Pengguna Daerah, Pegawai-pegawai Majlis Daerah Kerian, Pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan, dan Pegawai-pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Program turun padang ini adalah bertujuan untuk memeriksa dan memantau aktiviti-aktiviti peniaga Pasar Ramadhan termasuk dari aspek kesihatan dan penguatkuasaan tanda harga.

Didalam program ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Pegawai Kesihatan Daerah dan Pegawai KPDN&HEP telah menyampaikan apron kepada para peniaga dan memberikan khidmat nasihat supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh Majlis Daerah Kerian, Pejabat Kesihatan serta KPDN&HEP.

Selain itu, pihak KPDN&HEP turut menyampaikan beberapa risalah dan flyers kepada para peniaga dan pengunjung pasar ramadhan sebagai bahan pendidikan kepenggunaan.

Seterusnya, pegawai-pegawai Pejabat Kesihatan juga menjalankan penilaian kebersihan dan kesihatan di setiap gerai penjaja untuk mengenalpasti tahap pematuhan dan amalan peniaga seperti yang disyaratkan. Pemeriksaan ini akan dilaksanakan sebanyak dua kali sepanjang tempoh bulam ramadhan ini.

Sehubungan dengan itu, sebagai ganjaran kepada peniaga-peniaga Pasar Ramadhan yang mematuhi garis panduan penjaja sementara Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Daerah Kerian akan mengenalpasti peniaga yang terbaik dan memberikan galakan dalam bentuk keistimewaan untuk memilih tapak gerai yang disukai pada tahun depan.




































No comments:

Post a Comment