Monday, February 22, 2010

PERASMIAN GERBANG MALAM DI DATARAN BAGAN SERAI


























Jumaat, 5 Feb 2010
Majlis Perasmian Gerbang Malam di Dataran Bagan Serai telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian. Majlis yang dianjurkan dilokasi Gerbang Malam di Dataran Bagan Serai itu bermula pada jam 9.30 minit malam sejurus sahaja ketibaan Tuan YDP Majlis Daerah Kerian. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abu Samah dan disusuli oleh ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Encik Muhamad Razif bin Ramli Setiausaha Majlis Daerah Kerian.

Dalam ucapan ringkas beliau, beliau mengingatkan kepada semua peniaga-peniaga Gerbang Malam agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Kerian dan pihak Majlis Daerah Kerian juga tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen perniagaan jika terdapat peniaga yang mengingkari peraturan tersebut. Beliau juga memaklumkan kepada semua 95 peniaga dan pengunjung Gerbang Malam agar tidak khuatir akan aspek keselamatan kerana Majlis Daerah Kerian telah menempatkan Penguatkuasa Majlis Daerah Kerian dan rondaan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara berkala dikawasan itu. Majlis kemudiannya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hassan YDP Majlis Daerah Kerian bagi menyampaikan ucapan.

Didalam ucapan tersebut beliau menyarankan kepada semua peniaga agar memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada perniagaan yang diceburi dan mengambil peluang ini bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan tujuan utama Gerbang Malam adalah untuk membantu para peniaga memasarkan barangan masing-masing dengan lebih efektif. Beliau seterusnya merasmikan Gerbang Malam Bagan Serai. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Abu Bakar bin Mat Ali Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak, Y.B Encik Sham bin Mat Sahat ADUN Alor Pongsu, INSP. Sazali bin Shahrian Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Daerah mewakili Ketua Polis Daerah Kerian, Ahli-Ahli Majlis, pihak media, Ketua-Ketua Bahagian dan staf Majlis Daerah Kerian. Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Yusof bin Hamzah dari Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Kerian.





.

1 comment:

  1. masih mencari-cari homemade cupcakes & cakes?order la dari saya.... http://mizaeda.blogspot.com

    ReplyDelete