Jumaat 26 Mac 2010, DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Syah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Syah dan Isteri DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim telah mengadakan Lawatan Kerja di Daerah Kerian. Berbagai program telah dianjurkan oleh pentadbiran Daerah Kerian bagi menyambut keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak. Taklimat pembangunan Daerah Kerian juga telah diadakan di Pejabat Daerah Kerian seawal ketibaan DYTM Raja Muda Perak. PUSPANITA kerian turut terlibat sama didalam menganjurkan berbagai aktiviti-aktiviti di Dewan Merdeka yang dihadiri oleh DYTM Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim. DYTM Raja Muda Perak juga berkenan untuk bersama-sama rakyat kerian menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar. DYTM Raja Muda Perak juga berkenan untuk mengikuti program yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Daerah Parit Buntar. Seterusnya DYTM Raja Muda Perak dibawa untuk meninjau di sekitar Daerah Kerian. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua ketua jabatan, orang-orang kenamaan dan seluruh rakyat daerah
Kerian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment