12 Nov 2013 Lawatan kerja
sambil belajar Majlis Daerah Kerian ke Krabi dan Hatyai, Thailand telah
dijalankan pada 8-10 November 2013.
Seramai 30 orang anggota kerja telah dipilih menyertai rombongan ini
yang diketuai oleh En. Mohd Zabidi b. Nun, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran
Majlis Daerah Kerian. Program ini
bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota kerja yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam beberapa pertandingan dan anugerah yang
diraih dalam tahun 2012 dan 2013 selain bagi memberi pendedahan berkaitan
bersih dan indah yang diamalkan di kawasan-kawasan yang dilawati dan mengeratkan
lagi semangat berpasukan di antara anggota kerja Majlis Daerah Kerian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment