Encik Abd Khair bin Haji Ahamad

YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN.

Membudayakan Kecergasan Diri

KEMPEN SAYANGI JANTUNG ANDA.

Pendidikan Kebersihan Di Peringkat Remaja

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Penghargaan Kepada Staf

PEKERJA BERINOVATIF, PENGGERAK TRANSFORMASI.

Bekerjasama Menjaga Kebersihan dan Memelihara Keindahan

1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN.

Tuesday, June 23, 2015

PERASMIAN & OPERASI BAZAR RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK DI BAZAR RAMADAN BAGAN SERAI 2015

19 JUN 2015 Perasmian dirasmikan oleh Dato Mah Hang Soon 
(Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu) dan turut hadir bersama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Daerah, Pengerusi Persatuan Penjaja Daerah, Ahli-ahli Majlis Daerah Kerian dan wakil-wakil agensi .

Wednesday, June 17, 2015

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PASAR AWAM BATU LIMA

20 April 2015 Isnin - Gotong royong membersihkan Pasar Awam Batu Lima telah diadakan bersempena dengan kempen membenteras nyamuk aedes yang telah dilancarkan baru-baru ini. Gotong royong kali ini melibatkan staf MDK, Ahli Majlis, MMS, JPP dan peniaga setempat. Pasar awam batu lima merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pembeli apabila kawasan di sekitarnya telah membangun dengan pesat dan pertambahan penduduk yang mendadak.

BIG CLEANING DAY DI MDK CAWANGAN PARIT BUNTAR

13 Mac 2015 Jumaat- Big Cleaning Day telah diadakan di Cawangan MDK Parit Buntar bertujuan untuk membersihkan stor yang terdapat di cawangan itu. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah disertai oleh kesemua staf MDK kecuali staf yang bertugas di Kaunter. Menurut Encik Abdul Khair bin Hj. Ahamad, YDP Majlis Daerah Kerian, tujuan aktiviti pembersihan besar besaran ini adalah bagi melupuskan fail-fail dan aset-aset lama MDK yang tidak digunapakai lagi.

Tuesday, May 13, 2014

LAWATAN PANEL PENILAIAN AIPBT 2014

18 APRIL 2014 – Majlis Daerah Kerian telah membentangkan empat projek inovasi iaitu HANTU BURUNG, CATAS, TRO-PEG dan S-TTEM bagi pertandingan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2013. Panel penilai diketuai oleh Dato' Halimi bin Abdul Manaf, Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar)Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama lima panel yang lain telah hadir untuk menilai projek inovasi Majlis Daerah Kerian. ini merupakan penyertaan kali kedua majlis di dalam pertandingan tersebut.

Wednesday, November 13, 2013

LAWATAN KE KRABI DAN HATYAI, THAILAND


12 Nov 2013 Lawatan kerja sambil belajar Majlis Daerah Kerian ke Krabi dan Hatyai, Thailand telah dijalankan pada 8-10 November 2013.  Seramai 30 orang anggota kerja telah dipilih menyertai rombongan ini yang diketuai oleh En. Mohd Zabidi b. Nun, Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Daerah Kerian.  Program ini bertujuan bagi menghargai jasa dan sumbangan anggota kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa pertandingan dan anugerah yang diraih dalam tahun 2012 dan 2013 selain bagi memberi pendedahan berkaitan bersih dan indah yang diamalkan di kawasan-kawasan yang dilawati dan mengeratkan lagi semangat berpasukan di antara anggota kerja Majlis Daerah Kerian.